Batu Puteh
Batu Puteh

Batu Puteh

Koordinat: 1°19′48″N 104°24′28″E / 1.33000°N 104.40778°E / 1.33000; 104.40778Pulau Batu Puteh (bahasa Portugis: Pedra Branca) (juga ditulis Pulau Batu Putih mengikut ejaan baru Bahasa Melayu) merupakan sebuah batu tunggul yang mempunyai keluasan sebuah padang bola sepak, terletak di Selat Singapura yang menghadap ke arah Laut China Selatan. Rumah Api Horsburgh yang terdapat di tunggul batu ini dibina oleh pihak British pada 1851.Singapura merujuk ke atas pulau ini sebagai "Pedra Branca" (yang bermaksud "batu putih" dalam bahasa Portugis). Dinamakan sebagai batu putih kerana terdapat sekelompok burung camar laut yang mendiami pulau ini pada masa yang lalu.Pulau Batu Puteh terletak berhampiran dengan pulau-pulau sekitarnya seperti Batuan Tengah dan Tubir Selatan, yang menjadi subjek utama mengenai pertindihan antara Singapura dan Malaysia yang dibicarakan menerusi Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Pada 23 Mei 2008, Mahkamah memutuskan bahawa Pulau Batu Puteh milik Singapura sementara Batuan Tengah milik Malaysia [1] [2] [3] Status Tubir Selatan pula akan ditentukan kemudian berdasarkan di perairan mana ia terletak.[4]

Rujukan

WikiPedia: Batu Puteh http://english.people.com.cn/200301/04/eng20030104... http://bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=34049... http://batuputih.blogspot.com http://batuputih.blogspot.com/2007/11/islands-part... http://batuputih.blogspot.com/2008/05/batu-putih-h... http://www.channelnewsasia.com/courageous/030404_m... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporelo... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporelo... http://www.electricscotland.com/history/other/hors... http://www.flickr.com/photos/oiseauxbleu/23053699/...